Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

89) HADIAH PENGAJIAN IPT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah program Hadiah Pengajian IPT masih akan diteruskan? Berapakah sumbangan yang telah disalurkan di bawah program ini pada tahun 2022?

    Program Hadiah Pengajian IPT sehingga kini masih diteruskan dan diberikan kepada pelajar-pelajar anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPT dengan pembayaran sebanyak RM 1,000 bagi setiap pelajar. Peruntukan Hadiah Pengajian IPT bagi tahun 2022 adalah berjumlah RM3 juta dan seramai 3 ribu pelajar telah menerima manfaat daripada program tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.