Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

237) HADIAH PENGAJIAN IPT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima dari tahun 2018 sehingga kini mengikut DUN?

    Jumlah penerima Hadiah Pengajian IPT adalah seperti berikut:

    Pecahan penerima mengikut DUN bagi tahun 2022 adalah seperti di Lampiran.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk meningkatkan jumlah hadiah kepada RM1,500?

    Berdasarkan pelaksanaan semasa, setiap pelajar yang memenuhi syarat akan diberikan Hadiah Pengajian IPT sebanyak RM1,000 setiap pelajar. Seramai 3000 orang telah menerima manfaat berdasarkan peruntukan sebanyak RM3 juta pada tahun 2022. Walau bagaimanapun, kajian penambahbaikan akan dilaksanakan di masa akan datang.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan Hadiah Pengajian IPT kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di peringkat STPM?

    Buat masa ini, penerima Hadiah Pengajian IPT hanya diberikan kepada pelajar yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sahaja memfokuskan kepada pelajar Diploma dan Sarjana Muda.

Lampiran

Tiada Lampiran.