Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

161) HADIAH PENGAJIAN IPT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peserta yang mendapat manfaat?

    Sehingga 30 Oktober 2014, iaitu dalam tempoh enam (6) tahun sejumlah 45,076 orang pemohon mendapat manafaat dengan kos yang terlibat sebanyak 076 juta.

     

  2. Apakah syarat-syarat pendapatan isi rumah yang melebihi RM3000.00 sekiranya mempunyai tanggungan yang ramai?

    Mengikut dasar semasa, untuk melayakkan pemohon menerima HPIPT, pendapatan isi rumah mestilah tidak melebih RM3,000.00.

    Syarat pendapatan ini sebenarnya telah diubah daripada syarat asal iaitu RM1,500.00 sejak tahun 2012 bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pemohon.

    Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,000.00, pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada pihak Urus Setia. Rayuan ini akan di kemukakan kepada YB EXCO Pendidikan untuk pertimbangan dan kelulusan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.