Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

209) HADIAH PENGAJIAN IPT

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah penerima dan jumlah pemberian Hadiah Pengajian IPT dari 2014-2017.

    Jumlah penerima Hadiah Pengajian IPT dari tahun 2014 hingga 2017 ialah sebanyak 24,819 orang dan jumlah pemberian sebanyak RM1,000.00 seorang dan jumlah keseluruhan dari 2014 hingga 2017 ialah RM24,819,000.00.

  2. Nyatakan jumlah kemasukan anak Selangor ke IPT dari 2014-2017

    Pentadbiran ini tiada jumlah spesifik berkaitan jumlah kemasukan anak Selangor yang menyambung pelajaran ke peringkat IPT namun berdasarkan rekod permohonan Hadiah Pengajian IPT dari tahun 2014 hingga 2017 ialah sebanyak 24,819 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.