Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

81) HADIAH PENGAJIAN IPT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan Hadiah IPT yang dimohon bagi 2023, bilangan yang sudah terima sumbangan dan bilangan yang belum terima sumbangan?

    Pada tahun 2023, sebanyak 6,023 permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) telah diterima. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3,000 orang pelajar telah diluluskan dan dilaksanakan pembayarannya.

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil supaya mereka yang belum menerima Hadiah IPT menerima sumbangan dalam masa terdekat?

    Kerajaan Negeri telah menyelesaikan pembayaran HPIPT kepada semua penerima HPIPT tahun 2023 melalui akaun bank pelajar-pelajar yang telah diluluskan HPIPT.

Lampiran

Tiada Lampiran.