Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
298) HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan tempoh permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) untuk ditetapkan semula pada tarikh yang lebih munasabah, iaitu ketika musim kemasukan pelajar ke IPT atau setidak-tidaknya selepas pelajar-pelajar baharu menerima pengesahan kemasukan ke IPT?
Secara amalannya, tempoh permohonan Hadiah Pengajian IPT dibuka setahun sekali iaitu pada Mac setiap tahun. Berdasarkan syarat kelayakan, ianya terbuka kepada mahasiswa yang mempunyai ibu bapa/ penjaga yang berpendapatan di bawah RM5,000 dan terhad kepada 3,000 orang penerima sahaja. Keperluan pengesahan IPT sudah menjadi salah satu dokumen wajib bagi HPIPT. Ini bagi mengelakkan bayaran dibuat kepada pelajar yang menerima tawaran IPT tetapi tidak melaporkan diri pada tarikh dan masa ditentukan. Pelajar tahun pertama yang mendaftar ke IPT pada bulan September atau Oktober boleh memohon HPIPT pada tahun berikutnya.