Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

213) HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan pada tahun 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.

    Jumlah peruntukan Hadiah Pengajian IPT yang telah disalurkan dari tahun 2018 sehingga 2022 ialah:

  2. Adakah kerajaan dapat mempertimbangkan hadiah ini dapat diperluaskan kepada golongan M40?

    Antara syarat permohonan bagi Hadiah Pengajian IPT ini adalah pendapatan tidak melebihi RM5,000. Tujuan syarat ini diwujudkan adalah untuk memberikan bantuan awal kepada anak Selangor yang berpendapatan rendah bagi menyediakan keperluan kemasukan ke IPT. Oleh itu, keutamaan diberikan kepada permohonan daripada golongan pendapatan ini. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyediakan Bantuan Awal Yuran Universiti (BAYU) kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi yang dibuka kepada kategori B40 dan M40.

Lampiran

Tiada Lampiran.