Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

43) HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah anak Selangor yang menerima Hadiah Pengajian IPT pada tahun ini.

    Jumlah peruntukan Hadiah Pengajian IPT yang telah disalurkan dari tahun 2018 sehingga 2022 ialah:

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memberikan tempoh permohonan yang lebih panjang daripada satu bulan memandangkan ramai mendapatkan surat tawaran IPT selepas Mac? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Antara syarat permohonan bagi Hadiah Pengajian IPT ini adalah pendapatan tidak melebihi RM5,000. Tujuan syarat ini diwujudkan adalah untuk memberikan bantuan awal kepada anak Selangor yang berpendapatan rendah bagi menyediakan keperluan kemasukan ke IPT. Oleh itu, keutamaan diberikan kepada permohonan daripada golongan pendapatan ini. Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga ada menyediakan Bantuan Awal Yuran Universiti (BAYU) kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi yang dibuka kepada kategori B40 dan M40.

Lampiran

Tiada Lampiran.