Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

163) HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Syarat kelayakan memohon hadiah adalah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000. Adakah syarat ini sesuai untuk keluarga dari kawasan bandar?

    Urus setia HPIPT telah meneliti Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas Tahun 2012 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata dan kadar pertumbuhan tahunan purata bagi Negeri Selangor adalah meningkat sebanyak 5.5% bagi tahun 2012 berbanding tahun 2009.

    Berdasarkan laporan yang sama, Taburan Peratus Isi Rumah Dan Agihan Pendapatan Mengikut Kelas Pendapatan Isi Rumah Bulanan Negeri Selangor pula menunjukkan kelas pendapatan di bawah RM 3,000.00 menjadi penyumbang utama dalam taburan tersebut terutama bagi kawasan Luar Bandar, manakala bagi kawasan bandar pula dimonopoli oleh kelas pendapatan di bawah RM 4,000.00. Jadual di bawah adalah terbahagi kepada kelas pendapatan isi rumah bagi penduduk di bandar dan luar bandar:

    Kelas Pendapatan (RM) Bandar (100%) Luar Bandar (100%)
    Jumlah Isi

    Rumah

    Agihan

    Pendapatan

    Isi

    Rumah

    Agihan

    Pendapatan

    999 dan ke bawah 1.0 0.1 5.7 1.2
    1,000-1,999 5.5 1.2 21.0 8.4
    2,000-2,999 9.2 3.1 19.2 12.5
    3,000-3,999 16.3 7.7 17.0 15.4
    4,000-4,999 11.7 7.2 12.5 14.6
    5,000-5,999 10.1 7.6 7.0 10.0
    6,000-6,999 8.7 7.7 7.0 11.9
    7,000-7,999 7.1 7.3 3.0 5.9
    8,000-9,999 10.2 12.4 4.3 9.7
    10,000 dan ke atas 20.2 45.7 3.3 10.4

    Oleh yang demikian, syarat asal pendapatan isi rumah pemohon sebanyak RM 1,500.00 ke bawah telah ditambah baik kepada RM 3,000.00 ke bawah. Walau bagaimanapun, syarat baru ini dilihat kurang sesuai bagi pemohon di kawasan bandar. Di dalam masalah ini, kita berbalik kepada objektif kerajaan negeri di mana Hadiah Anak Masuk Universiti ini adalah berupa bantuan kepada pemohon yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan.

  2. Berapakah orangkah dijangka menerima hadiah tersebut bagi tahun 2014 berbanding tahun sebelumnya?

    Urus setia Hadiah Anak Masuk Universiti menjangkakan pemberian RM1,000.00 kepada 7,600 orang pemohon bagi tahun 2014 berbanding 6,570 orang pemohon pada tahun 2013.

  3. Nyatakan bilangan penerima mengikut pecahan kaum dan institusi pengajian?

    Bilangan penerima mengikut pecahan kaum dan Institut Pengajian Tinggi adalah seperti berikut di Jadual 1 dan Jadual 2:

    Jadual 1:

    TAHUN BERJAYA TIDAK BERJAYA
    Melayu Cina India Lain-lain Melayu Cina India Lain-lain
    2008 2,502 742 462 12 1,318 309 175 3
    2009 4,682 853 463 27 1,646 156 115 8
    2010 6,172 1,153 819 18 1,927 179 162 9
    2011 5,516 1,206 890 31 1,919 192 214 14
    2012 5,000 1,399 955 43 1,671 218 250 5
    2013 4,868 906 744 52 1,559 121 198 8
    2014 485 69 60 4 237 11 18 5
    JUMLAH 29,225 6,328 4,393 187 10,277 1,186 1,132 52
    KESELURUHAN 40,133 12,647

    Jadual 2

    AHUN IPTA IPTS JUMLAH
    2008 2,602 1,116 3,718
    2009 4,106 1,919 6,025
    2010 5,293 2,869 8,162
    2011 4,723 2,920 7,643
    2012 4,463 2,934 7,397
    2013 4,275 2,295 6,570
    2014 385 233 618
    JUMLAH KESELURUHAN 25,847 14,286 40,133

     

Lampiran

Tiada Lampiran.