Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

381) HADIAH BANTUAN PENGAJIAN IPT (HPIPT)

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat akan menetapkan HPIPT sebanyak 2 kali setahun? Memandangkan kemasukan ke IPT adalah pada bulan September atau Oktober.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) akan dibuka setahun sekali. Ini mengambil kira jumlah peruntukan dan kuota yang terhad. Untuk rekod, kuota yang disediakan terhad kepada 3,000 orang penerima sahaja dan terbuka kepada pelajar tahun pertama. Pelajar tahun pertama yang mendaftar ke IPT pada bulan September atau Oktober boleh memohon HPIPT pada tahun berikutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.