Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
266) HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pelajar yang menerima Hadiah Anak Masuk Universiti sejak 2008 mengikut pecahan IPTA dan IPTS
- Pada masa ini, sistem HPIPT sedia ada tidak dapat menyediakan laporan penerima mengikut IPTA dan IPTS. Jumlah keseluruhan penerima HPIPT dari tahun 2008 hingga 2015 adalah sebanyak 55,394 orang. Berikut adalah pecahan dari tahun 2008 hingga 2015:
TAHUN JUMLAH PENERIMA 2008 3,718 2009 5,659 2010 7,699 2011 7,167 2012 7,987 2013 7,226 2014 7,938 2015 8,000 JUMLAH KESELURUHAN 55,394 -
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat meningkatkan hadiah RM1,000.00 yang sedia ada? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
Pada masa ini, Kerajaan Negeri tidak berhasrat meningkatkan hadiah RM1,000.00 memandangkan ia akan melibatkan peruntukan tambahan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan Pinjaman Pelajaran kepada pelajar IPTA dan IPTS yang berkelayakan di mana pinjaman ini boleh diubah kepada biasiswa sekiranya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.