Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
6) HAB / INDUSTRI HALAL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Hab atau Industri Halal boleh menjadi tarikan untuk menggalakkan pelabur Timur Tengah dan Eropah datang melabur. Di manakah taman perindustrian Selangor yang beroperasi untuk dijadikan Hab Halal dan apakah status perkembangannya?
Taman perindustrian Selangor yang beroperasi untuk dijadikan Hub Halal dan apakah
status perkembangannya adalah seperti berikut;-
1) Selangor Halal Hub, Pulau Indah (SHHPI) yang berkeluasan lebih kurang 1,000 ekar
beroperasi di Taman Perindustrian Pulau Indah, Pulau Indah, Pelabuhan Klang
terletak bersebelahan dengan Pelabuhan Barat yang dihubungi oleh 120 negara
melalui rangkaian sistem syarikat perkapalan ke 500 pelabuhan di dunia.
2) SHHPI di majukan oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) yang merupakan
anak syarikat Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan juga ahli Kumpulan Darul
Ehsan Berhad.
3) SHHPI telah menerima pengiktirafan Halal Industry Development Corporation (HDC)
sebagai HDC Designated Halal Park pada 15 Ogos 2008.
4) SHHPI di majukan dalam 3 fasa; 218 ekar di SHHPI Fasa 1 daripada 220 ekar telah
pun di jual kepada 10 pelabur dengan nilai jualan berjumlah RM133 juta.
5) Kilang-kilang yang telah beroperasi di SHHPI Fasa 1 ialah Premium Agro Products
Sdn. Bhd. dan Oleon Sdn. Bhd. (Syarikat daripada Belgium). Manakala PML Dairies
Sdn. Bhd. (anak syarikat Fraser & Neave Holdings Berhad) dengan nilai pelaburan
RM 350 juta sedang dalam pembinaan dan dijangka beroperasi pada tahun 2011.
6) CSSB telah memulakan kerja-kerja infrastruktur bagi Bahagian A SHHPI Fasa 2
(107 ekar) pada bulan Disember 2008 dan dijangka siap pada Jun 2010. Bahagian B
SHHPI Fasa 2 (172 ekar) dijangka dimulakan pada Disember 2009 dan dijangka
siap pada Disember 2010. Sejumlah 6.22 ekar di SHHPI Fasa 2 telah dijual kepada
5 pelabur.
7) SHHPI Fasa 3 mempunyai keluasan 281 ekar dan Kebenaran Merancang telah
diluluskan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK). Pelaksanaan kerja-kerja
infrastruktur bagi SHHPI Fasa 3 ini dijangka bermula pada akhir tahun 2010. -
Apakah strategi kerajaan untuk mempromosi dan menggalakkan pelaburan berdasarkan Industri Halal?
Strategi kerajaan untuk mempromosikan dan menggalakkan pelaburan berdasarkan
Industri Halal melalui misi-misi pelaburan dalam dan luar negeri dengan SSIC Berhad,
Malaysia Industry Development Authority (MIDA), Malaysia External Trade Development
Corporation (MATRADE) dan Halal Industry Development Corporation (HDC) dan
melalui pameran dan promosi Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) yang
diadakan setiap tahun. -
Apakah bentuk inisiatif yang boleh diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dalam Industri Halal di kawasan Hab Halal?
Inisiatif yang diberikan adalah dalam bentuk insentif kerajaan melalui Malaysia Industry
Development Authority (MIDA), Ministry of Agriculture (MOA) dan Inland Revenue Board
(IRB) yang boleh dipohon oleh pelabur-pelabur seperti :-
• ‘Pioneer Status / Investment Tax Allowance’
• ‘Reinvestment Allowance’
• ‘Accelerated Depreciation Allowance’
• ‘Tax Deduction’
• ‘Import Duty and Sales Tax Exemptions’
• ‘R&D Incentive’ – memperkayakan kualiti
• ‘Double Deduction’ – untuk mempromosikan eksport dan jenama Malaysia.
• ‘Single Deductions’ – pensijilan halal
• ‘Incentives for Food Production’
i) ‘Incentives for existing companies which reinvest’
ii) ‘Tax Incentives for ‘Halal’ Food Production’
• ‘Incentives for Reinvestment in Food Processing Activities’.
Dan dengan pengiktirafan SHHPI sebagai HDC Designated Halal Park oleh HDC,
pelabur-pelabur yang berada di SHHPI boleh menikmati insentif-insentif seperti berikut :-
1) ‘Full income tax exemption for period of 10 years or 100% income tax exemption on
capital expenditure for a period of 5 years.’
2) ‘Exemption from import duty and sales tax on equipment, components and
machinery used directly in the Cold Room Operation in accordance to prevailing
policies.’