Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
300) GURU KAFA SRA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah penambahan bilangan guru KAFA SRA yang baru dilantik sejak Januari 2024?
Dari Januari 2024, 150 guru KAFA baru telah pun dilantik.
-
Apakah solusi seperti elaun perjalanan atau pertukaran ke tempat asal boleh ditawarkan kerajaan buat guru-guru yang terpaksa berulang alik jauh ke tempat kerja akibat perpindahan tahun lalu?
Buat masa ini, tiada elaun perjalanan atas sebab pertukaran disediakan untuk guru-guru KAFA. Bagaimanapun, JAIS sedia memberi pertimbangan kepada pemohon pertukaran dengan pelbagai alasan atau sebab dan akan diputuskan oleh Jawatankuasa perlantikan dan pertukaran Bahagian Pendidikan Islam.