Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

240) GURU KAFA DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah Guru-Guru KAFA terkini dan sumber penggajian mereka?

    Jumlah guru KAFA Selangor seramai 6,900 orang. Berikut merupakan sumber penggajian guru KAFA:

  2. Berapakah jumlah Guru-Guru KAFA Negeri Selangor yang layak dilantik ke jawatan tetap?

    Perlantikan ke jawatan tetap mengikut kekosongan waran sedia ada.

  3. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk tingkatkan keupayaan P&P guru-guru terbabit & seterusnya menaja pendidikan mereka di peringkat diploma?

    Kerajaan memang sedang dan telah bekerjasama dengan KUIS, UNISEL, KOPEDA dan UPSI dalam menyediakan peluang untuk guru KAFA pada peringkat diploma tanpa pembiayaian.

Lampiran

Tiada Lampiran.