Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

18) GURU KAFA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tahap pendapatan sebenar dan latar belakang keupayaan ekonomi guru-guru KAFA di seluruh Negeri Selangor pada waktu ini?

    Tahap pendapatan sebenar dan latar belakang keupayaan ekonomi Guru KAFA di Negeri Selangor adalah di bawah B40 berdasarkan elaun Guru KAFAI adalah antara RM1,350.00 hingga RM1,500.00 sebulan. Berdasarkan kadar garis kemiskinan di peringkat Nasional, bagi satu keluarga adalah RM2,208.00. Maka keupayaan ekonomi Guru KAFA di Negeri Selangor adalah dibawah kadar garis kemiskinan.

  2. Adakah Kerajaan Negeri akan menaikkan elaun guru-guru KAFA ?

    Kenaikan elaun guru-guru KAFA boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian dan keupayaan kewangan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.