Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

54) GURU KAFA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini guru KAFA di Selangor mengikut daerah.

    Jumlah Guru KAFA di Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut:

    Daerah Jumlah Guru
    Sabak Bernam 398
    Klang 1046
    Petaling 1358
    Kuala Selangor 668
    Gombak 849
    Kuala Langat 536
    Hulu Langat 1147
    Hulu Selangor 401
    Sepang 462
    Jumlah Keseluruhan 6865

     

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menambahbaik mutu guru KAFA pada tahun 2017?

    Kerajaan Negeri akan menambahbaik mutu Guru KAFA pada 2017 seperti berikut:

    1. Memberi latihan yang holistik di ILDAS, PKG Negeri dan Daerah
    2. Memperkenalkan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP) yang sesuai dan praktikal
    3. Memberi dan mengadakan kelas-kelas Tafakuh mengikut setiap mata pelajaran

Lampiran

Tiada Lampiran.