Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
181) GURU KAFA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah guru KAFA di Selangor dari 2014-2016
Jumlah Guru KAFA DI Negeri Selangor dari tahun 2014 – 2016.
BIL TAHUN JUMLAH GURU KAFA (ORANG)
2014 6688 2015 6734 2016 6688 Jumlah Guru Rakyat yang dilantik dan dibayar oleh Jemaah Pengurusan Sekolah pada tahun 2016 berjumlah 1667 orang.
-
Nyatakan jumlah kenaikan elaun dan guru KAFA yang menerima manfaatnya
Jumlah kenaikan elaun adalah setiap 5 tahun perkhidmatan (minimum RM1350.00 dan maksimum RM 1500.00)
Elaun Tanggungjawab kepada Ketua Guru sebanyak RM 150.00 dan Guru Penolong Kanan 1 dan Hal Ehwal Murid sebanyak RM 80.00 sebulan seperti di Lampiran.
-
Apakah kelayakan untuk menjadi seorang guru KAFA?
Kelayakan untuk menjadi Guru KAFA di Negeri Selangor adalah:
- Warganegara Malaysia
- Keutamaan kepada rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atau telah bermastautin lebih 5 tahun
- Umur genap 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun
- Sihat tubuh badan
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelayakan minimum:
- Kepujian Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu
- Lulus Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah atau
- Lulus Pendidikan Syariah Islamiah atau
- Lulus Pendidikan Islam
- Lulus Bahasa Arab Tinggi atau Kepujian Bahasa Arab Komunikasi
- Lulus Sijil Menengah Agama (SMA) atau Diploma atau Ijazah yang menyokong Matapelajaran Bahasa Arab dalam Sijil Pelajaran Malaysia
- Bagi guru yang mengajar Kelas KAFA Tahfiz hendaklah memiliki Sijil/ Diploma Tahfiz yang diiktiraf
- Unit Pendidikan Islam Daerah memberi keutamaan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan seperti berikut :
- Calon lepasan Sekolah Agama Menengah;
- Mempunyai pengalaman mengajar
- Mempunyai sahsiah Islamiah, pengetahuan dalam Al-Quran, fardhu ain serta tulisan jawi
Mana-mana individu yang mempunyai jawatan dalam perkhidmatan awam/ swasta dan berhasrat untuk memohon jawatan Guru KAFA, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada majikan.
Mana-mana individu yang sedang berkhidmat sebagai Guru KAFA di negeri lain tidak layak untuk memohon jawatan Guru KAFA di Negeri Selangor.
Lulus ujian lisan dan bertulis yang dilaksana di peringkat daerah.
Diperakui oleh Pejabat Agama Islam Daerah untuk dilantik oleh Bahagian Pendidikan Islam, JAIS.