Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

230) GURU KAFA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini guru KAFA di Selangor mengikut tangga gaji yang diterima mereka

    Jumlah terkini guru KAFA di Selangor mengikut tangga gaji adalah seperti berikut:

    TANGGA GAJI JUMLAH GURU
    RM 1,350.00 1947
    RM 1,400.00 1687
    RM1,450.00 1445
    RM1,500.00 1812
    JUMLAH 6891
  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meningkatkan gaji guru KAFA di Selangor?

    Kerajaan Negeri telah menaikkan elaun guru KAFA pada tahun 2016, iaitu kenaikan sebanyak RM200.00 mengikut tempoh perkhidmatan (perincian seperti di jawapan a). Walaupun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa berhasrat untuk menyemak dan mengkaji status jawatan guru-guru berkenaan bagi menambahbaik skim perkhidmatan mereka.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.