Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

238) GURU KAFA

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri dan pihak JAIS bercadang menambah perjawatan DG29, memandangkan ramai guru yang mempunyai diploma pendidikan tetapi tiada peluang?

    Buat masa ini tiada cadangan penambahan perjawatan DG29 kerana implikasi kewangan yang besar, berterusan dan terus meningkat. Bagaimanapun JAIS sedang berusaha mewujudkan jawatan baharu DG29/DG5 dengan menggunakan kaedah Trade Off kepada 2 waran perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG48/DG12 kontrak dan 112 waran perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Kontrak (Azhari) yang sudah tidak diperlukan. Apabila trade off ini berjaya dilaksana, Kerajaan Negeri dijangka akan dapat menambah 73 lagi perjawatan guru DG29/ DG5, 2 perjawatan Penolong Akauntan W29/ W5, 30 perjawatan Pembantu Khidmat Am H1 dan 72 perjawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N1.

    Nota Tambahan:

    Guru Kontrak Azhari ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41/ DG9 atau guru yang mana sebelum ni guru khas lantikan bagi Matapelajaran Azhari JAIS di SAM/SAMT dan MITS. Kini sebahagian guru telah dilantik KPM apabila Kurikulum Bersepadu DINI (KBD) mula dilaksanakan di sekolah kerajaan, sebahagian guru masih di MITS dan lokasi-lokasi di bawah pentadbiran jabatan agama islam selangor.

  2. Apakah ada inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengurangkan beban Guru-Guru KAFA disekolah sesuai dengan gaji yang diterimanya?

    Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menambah waktu bertugas Guru KAFA ditetapkan 5 jam sehari dan 3 jam daripada 5 jam tersebut adalah tempoh guru mengajar. Kerajaan Negeri memberi peruntukan kepada Guru KAFA dengan caruman KWSP, PERKESO dan juga kemudahan Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari, Cuti Menjaga Anak Kuarantin sebanyak 5 hari, Cuti Kematian Keluarga sebanyak 3 hari, Cuti Sakit Kritikal Berpanjangan sebanyak 180 hari (90 hari elaun penuh, 90 hari separuh elaun, 90 hari tanpa elaun) dengan kelulusan, ⁠Cuti Sakit Tahunan 15 hari, ⁠Cuti Isteri Bersalin sebanyak 3 hari termasuk hari Sabtu Ahad, ⁠Cuti Bersalin sebanyak 60 hari dengan elaun penuh untuk Guru KAFA di Sekolah Rendah Agama (3 kali dalam perkhidmatan), Cuti Menunaikan Umrah sebanyak 7 hari (sekali dalam perkhidmatan), ⁠Cuti Menunaikan Haji sebanyak maksimum 40 hari (sekali dalam perkhidmatan). Selain itu, guru KAFA mempunyai peluang dan sokongan melanjutkan pelajaran dalam bidang ikhtisas ke peringkat tertinggi serta berpeluang untuk mengikuti kursus peningkatan profesionalisme.

Lampiran

Tiada Lampiran.