Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
204) GURU DAN PROGRAM BANTUAN SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah guru JAIS yang telah sah jawatan dan guru yang masih kontrak?
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa komited untuk memastikan setiap jawatan guru diisi dengan segera dan secara sistematik dalam menjaga kualiti pendidikan yang diberikan kepada pelajar. JAIS juga berusaha untuk memastikan segala proses pengisian ini dijalankan dengan seadilnya, mengikut prosedur yang telah ditetapkan:
- Jawatan Tetap
Sehingga kini, seramai 961 orang guru telah disahkan dalam jawatan tetap daripada 1221 waran yang wujud. Proses pengisian baki jawatan yang kosong akibat persaraan dan kematian sedang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).
- Jawatan Contract of Service (COS)
Bagi jawatan Contract of Service, seramai 349 orang telah dilantik daripada 387 waran yang wujud. Baki jawatan yang belum diisi kini sedang dalam proses temuduga dan dijangka akan diisi pada bulan Februari 2025.
- Jawatan Contract For Service (CFS)
Bagi jawatan Contract For Service, seramai 7300 orang telah dilantik daripada 7657 waran yang wujud. Untuk jawatan yang masih kosong, proses pelantikan akan dilaksanakan secara berperingkat.
-
Berapa jumlah peruntukan TAHUN 2024 yang diperolehi oleh setiap sekolah-sekolah tesebut ; SAR, SJKC, SJKT, SEK.MUBALIGH, SMJK, SEK.KEBANGSAAN, SMPC dan MADRASAH/TAHFIZ?
Kerajaan Negeri Selangor dalam Belanjawan 2024 telah menyediakan peruntukan kewangan berjumlah RM26.5 Juta bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor yang merupakan program bantuan kepada sekolah di negeri Selangor bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam membantu menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sebanyak 825 buah sekolah telah diluluskan permohonan dan selesai disalurkan kepada sekolah pada Disember 2024. Pecahan peruntukan mengikut kategori Sekolah adalah seperti berikut:-
BIL JENIS SEKOLAH JUMLAH DILULUSKAN (RM) 1. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) 5,000,000.00 2. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) 6,000,000.00 3. Sekolah Jenis Kebangsaan/ Mubaligh 1,000,000.00 4. Sekolah Menengah Persendirian Cina 2,000,000.00 5. Sekolah Kebangsaan 1.500,000.00
6. Sekolah Menengah Kebangsaan 7. Sekolah Agama Rakyat 11,000,000.00 JUMLAH 26,500,000,00 -
Nyatakan dan senaraikan jumlah terperinci pecahan peruntukan bagi TAHUN 2024 setiap sekolah tersebut ; SAR (berapa buah sekolah), SJKC (berapa buah sekolah), SJKT (berapa buah sekolah), SEK.MUBALIGH (berapa buah sekolah), SMJK (berapa buah sekolah), SEK.KEBANGSAAN (berapa buah sekolah), SMPC (berapa buah seko;ah) dan MADRASAH/TAHFIZ (berapa buah)?
Program Bantuan Sekolah tahun 2024 telah diagihkan kepada 825 buah sekolah di Negeri Selangor dengan perincian berikut:-
BIL JENIS SEKOLAH JUMLAH SEKOLAH JUMLAH DILULUSKAN (RM) 1. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) 95
5,000,000.00
2. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) 115
6,000,000.00
3. Sekolah Jenis Kebangsaan/ Mubaligh 27
1,000,000.00
4. Sekolah Menengah Persendirian Cina 4
2,000,000.00
5. Sekolah Kebangsaan 50
1.500,000.00
6. Sekolah Menengah Kebangsaan 51
7. Sekolah Agama Rakyat 483
11,000,000.00
JUMLAH
825
26,500,000,00