Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
149) GUNATENAGA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan bilangan kakitangan golongan OKU yang digaji mengikut pecahan agensi Kerajaan Negeri Selangor.
Bilangan kakitangan golongan OKU yang digaji mengikut pecahan agensi Kerajaan Negeri Selangor sehingga Jun 2016 adalah seperti jadual berikut :-
BIL JABATAN/ AGENSI Jumlah Kakitangan 1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 1 2. Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor TIADA 3. Perbendaharaan Negeri Selangor 1 4. Jabatan Mufti Negeri Selangor TIADA 5. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor TIADA 6. Jabatan Pertanian Negeri Selangor TIADA 7. Jabatan Veterinar Negeri Selangor TIADA 8. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor 7 9. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor TIADA 10. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor 1 11. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor 8 12. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor TIADA 13. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor 10 14. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor 4 15. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor TIADA 16. Pejabat Daerah dan Tanah Gombak 1 17. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat TIADA 18. Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor TIADA 19. Pejabat Daerah dan Tanah Klang 1 20. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat TIADA 21. Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor 1 22. Pejabat Daerah dan Tanah Petaling 1 23. Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam 1 24. Pejabat Daerah dan Tanah Sepang 1 25. Majlis Bandaraya Petaling Jaya TIADA 26. Majlis Bandaraya Shah Alam 7 27. Majlis Daerah Hulu Selangor 3 28. Majlis Daerah Kuala Langat TIADA 29. Majlis Daerah Kuala Selangor 1 30. Majlis Daerah Sabak Bernam TIADA 31. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 4 32. Majlis Perbandaran Klang 7 33. Majlis Perbandaran Kajang 6 34. Majlis Perbandaran Selayang TIADA 35. Majlis Perbandaran Subang Jaya 5 36. Majlis Perbandaran Sepang 4 37. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor TIADA 38. Lembaga Urus Air Selangor TIADA 39. Perbadanan Adat dan Warisan Selangor TIADA 40. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 2 41. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor TIADA 42. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 3 JUMLAH 80 (Sumber disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor)
-
Apakah Pelan Tindakan Kerajaan Negeri Selangor bagi mewujudkan perancangan bandar dan komuniti yang mesra OKU dan bebas kekangan?
Selaras dengan saranan kerajaan Negeri Selangor yang ingin menjadikan Negeri Selangor sebagai mesra OKU dan bebas halangan, melalui Pelan Tindakan LA21 Pihak Berkuasa Tempatan telah mewujudkan Jawatankuasa Bandar Selamat Dan Bebas Halangan. Jawatankuasa berkenaan telah dipertanggungjawabkan untuk memberi penekanan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di mana golongan tersebut adalah sebahagian daripada masyarakat yang berhak menerima perkhidmatan dan kemudahan yang sama rata.Pelan ini juga merangkumi aspek teknikal, rekabentuk dan aksesibiliti bagi memastikan kemudahan OKU dapat disediakan dengan lebih berkesan.
Kerajaan Negeri juga melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat akan memberi kesedaran di kalangan orang ramai bahawa orang kurang upaya sebagai anggota masyarakat mempunyai hak dalam masyarakat dan tidak menganggap mereka sebagai kurang kebolehan dan terasing.
Melalui Jawatankuasa itu juga, pelbagai program diadakan yang melibatkan kepentingan golongan OKU di samping memberi peluang kepada golongan tersebut terlibat sama dengan sebarang perancangan pembangunan di peringkat PBT.