Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

239) GUNATANAH KAMPUNG BARU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan kampung-kampung baru yang sebahagian tanahnya atau keseluruhan tanahnya telah dizonkan sebagai kawasan zon industri menurut rancangan tempatan PBT.

    Kampung-kampung baru yang telah dizonkan sebagai tanah perindustrian di Negeri Selangor ini adalah di Kampung Baru Sg. Buloh. Kampung baru ini merangkumi 2 sekyen iaitu sebahagiannya di Seksyen U4 dan sebahagian lagi di Seksyen U19 dengan meliputi kawasan seluas 2,452.66 ekar. Pecahan mengikut seksyen adalah seperti di bawah :-

    BIL. SEKSYEN KELUASAN (EKAR)
    1 Kampung Baru Sg. Buloh Seksyen U4 463.09
    2 Kampung Baru Sg. Buloh Seksyen U19 1,989.57
      Jumlah Keseluruhan 2,452.66
  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang projek penempatan semula kampung baru sekiranya perancangan gunatanah kampung tersebut bukan untuk kediaman lagi.

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri setakat ini tiada cadangan bagi melaksanakan projek penempatan semula sekiranya terdapat perancangan gunatanah kampung tersebut bukan untuk kediaman lagi. Namun Kerajaan Negeri sentiasa bersedia dan peka terhadap sebarang permasalahan yang melibatkan penempatan kampung baru cina.

Lampiran

Tiada Lampiran.