Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

37) GUGUSAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk memartabatkan Daerah Gombak sebagai gugusan pendidikan sebagaimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 ?

    Pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk memartabatkan Daerah Gombak sebagai gugusan pendidikan sebagaimana yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2019 adalah dengan memberi fokus kepada perkara berikut :
    i. menyediakan satu eco system Pendidikan yang komprehensif berteraskan kepada keperluan dan kehendak industry dengan melibatkan institusi pendidikan, penyelidikan, pemain idustri dan lain-lainagensi kerajaan dan swasta[;
    ii. menggalakkan penyelidikan dan inovasi dikawasan Gugusan Pendidikan yang berteraskan kepada 5 bidang focus seperti Food & Beverages, Aerospace, Machinery and Equipment, Electrics and Electronics dan Life Sciences.
    Oleh itu, Kerajaan Negeri dalam menyediakan satu plan tindakan yang melibatkan semua pihak bagi memastikan Gugusan Pendidikan menjadi Boston of Malaysia dan memberi impak dalam pembangunan khususnya di Selangor dalam bidang pendidikan, pendidikan tinggi, ekonomi sosial dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.