Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
39) GUDANG PERALATAN BERAT DAN BENGKEL KERETA.
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah gudang penyimpanan peralatan berat di Jalan Sawa Guni dan bengkel kereta Pakistan di Jalan Kolam Hamdan mendapat kebenaran untuk beroperasi daripada MPK atau Pejabat Daerah Klang?
Berdasarkan semakan dua (2) lokasi di atas, aktiviti gudang penyimpanan berat dan bengkel Pakistan tiada rekod permohonan Kebenaran Merancang dan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Klang. Hasil siasatan pada 8 Julai 2022 mendapati premis dioperasikan oleh Syarikat Gateway Missionary Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti menyimpan dan membaiki jentera berat serta pejabat urusan. Tindakan tiga (3) kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007 kepada pihak syarikat atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan menyimpan jentera berat, membaiki jentera berat dan pejabat urusan tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melesen. Pihak syarikat juga telah diberikan amaran untuk menghentikan aktiviti perniagaan dan berpindah ke kawasan industri. Tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta Jalan, parit dan bangunan 1974 (Akta 133), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) dan undang – undang kecil yang berkuatkuasa akan di ambil bagi mana – mana pemajuan yang tidak mempunyai kelulusan.
Manakala bagi Bengkel Kereta di Jalan Kolam Hamdan, hasil siasatan pada 8 Julai 2022 mendapati premis dioperasikan oleh Syarikat Asmahsham Global Sdn. Bhd. yang menjalankan aktiviti menyimpan dan menjual alat ganti kenderaan terpakai. Tindakan dua (2) kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007 kepada pihak syarikat atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan menyimpan alat ganti kenderaan terpakai dan menjual alat ganti kenderaan terpakai tanpa lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Melesen. Pihak syarikat juga telah diberikan amaran untuk menghentikan aktiviti perniagaan dan berpindah ke kawasan industri. Syarikat dimiliki oleh warga tempatan, Puan Norasmah binti Kaneddy merujuk pada SSM beliau. Bagi menjalankan aktiviti menyimpan dan menjual alat ganti kenderaan terpakai pengusaha juga perlu mendapatkan lesen daripada pihak Polis DiRaja Malaysia.
Untuk makluman, Pejabat Daerah/Tanah Klang telah membuat semakan status tanah gudang penyimpanan peralatan berat dan bengkel kereta warga asing (Pakistan). Semakan mendapati terdapat lebih kurang 6 lot yang terlibat dijadikan sebagai tapak gudang peralatan berat di Jalan Sawa Guni dan 1 lot yang dijadikan sebagai tapak bengkel kereta warga asing (Pakistan) di Jalan Kolam Hamdan. Tanah-tanah tersebut merupakan tanah hakmilik persendirian dan maklumat-maklumat lot tanah adalah seperti berikut:
BIL LOT KEGUNAAN DITAPAK SYARAT NYATA TANAH 1 Lot 4584 Bengkel Jentera Berat Dan Parking Lori Tiada (Cukai Pertanian)
2. Lot 4585 Bengkel Jentera Berat Dan Parking Lori Tiada (Cukai Pertanian)
3. Lot 4588 Stor / Gudang Crane Menara Tanaman Am 4. Lot 4589 Stor / Gudang Crane Menara Tanaman Am 5. Lot 4592 Stor Simpanan Barang Binaan Tanaman Am 6. Lot 4643 Stor / Gudang Crane Menara Tanaman 7. Lot 4394 Bengkel Kereta Warga Asing (Pakistan) Tanaman Am Untuk makluman Yang Berhormat, Pentadbir Tanah Klang telah mengeluarkan Notis Pelanggaran Syarat Tanah di bawah Seksyen 127 Kanun Tanah Negara (Akta 828) pada 15 Julai 2022 kepada pemilik-pemilik yang berkenaan untuk meremedikan/memulihkan tanah.