Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

135) GRED PREMIS BERSIH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah premis yang telah digredkan pada tahun 2016 mengikut peringkat gred.

    Jumlah premis mengikut gred A ialah sebanyak 3558 premis, gred B ialah sebanyak 3842 premis, gred C ialah sebanyak 1308 dan gred D ialah sebanyak 147 premis. Jumlah secara terperinci mengikut PBT di Selangor adalah seperti Jadual 1:

    Jadual 1 : Jumlah premis mengikut gred di PBT Selangor

    PBT JUMLAH PREMIS MENGIKUT GRED
    A B C D
    MBSA 388 233 42 14
    MBPJ 294 499 24 0
    MPK 160 136 206 0
    MPAJ 163 452 169 5
    MPSJ 1249 641 288 67
    MPS 162 537 264 0
    MPKJ 76 162 109 31
    MPSP 653 615 71 24
    MDKL 17 222 26 0
    MDKS 52 89 28 6
    MDHS 314 174 79 0
    MDSB 30 82 2 0
    JUMLAH 3558 3842 1308 147

    Nota : Sumber dari PBT

  2. Nyatakan kekerapan pemeriksaan ke atas premis tersebut

    Kekerapan pemeriksaan ke atas premis adalah dilaksanakan mengikut Gred Kebersihan. Jadual kekerapan adalah seperti di Jadual 2 :

    Jadual kekerapan pemeriksaan premis mengikut gred

    GRED KEKERAPAN PEMERIKSAAN
    Gred A Pemeriksaan ulangan dijalankan selepas dua (2) tahun ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan.
    Gred B Pemeriksaan ulangan akan dijalankan selepas satu (1) tahun ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan.
    Gred C Pemeriksaan ulangan akan dijalankan selepas enam (6)bulan ataupun lebih awal sekiranya terdapat aduan.
    Gred D   i.   Pemeriksaan semula akan dijalankan dalam tempoh 14 hari.

    ii.    Sekiranya penilaian semula berada pada tahap 50% dan ke bawah semasa pemeriksaan tersebut, TINDAKAN PENUTUPAN akan dijalankan oleh PBT yang mempunyai kuasa atau dirujuk kepada KKM bagi tujuan tersebut.

    Nota : Sumber dari PBT

     

Lampiran

Tiada Lampiran.