Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
7) GREATER KL: PERANAN SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Persekutuan telah melancarkan projek Greater KL yang antaranya meliputi transit aliran berkapasiti tinggi di Lembah Klang dan Selangor. Apakah pendapat kerajaan negeri tentang projek tersebut?
- Kuala Lumpur dan Lembah Klang telah diiktiraf di peta dunia sebagai antara bandar ikon di Asia Tengara. Dengan bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Kuala Lumpur, kawasan Kuala Lumpur / Lembah Klang ini boleh dikatakan sangat lengkap dengan sistem perhubungan dan infrastruktur yang berkualiti tinggi dan lengkap kepada penduduk. Menyedari persaingan yang tinggi telah berlaku dari bandar – bandar besar sekitar negara-negara jiran, kekangan yang dihadapi oleh Kuala Lumpur / Lembah Klang adalah bandar-bandar negara jiran yang jauh lebih pesat dan maju, masalah sistem pengangkutan awam yang masih tidak mencukupi serta aset semula jadi yang masih tidak digembleng sepenuhnya dan merugikan. Menyedari permasalahan tersebut, maka projek Greater KL / KV telah dimasukkan sebagai salah satu agenda di dalam Bidang Ekonomi Utama Negara atau
Walaupun dinamakan sebagai Greater Kuala Lumpur / Klang Valley, tetapi sebenarnya potensi pembangunan Greater KL / KV ini meliputi sebahagian besarnya kawasan dibangunkan di kawasan dalam Selangor. Apa yang pasti ekonomi negeri Selangor akan lebih dipacu dengan pelaksanaan projek mega tersebut dan akan menambah hasil pendapatan kepada kerajaan Negeri secara keseluruhan.
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat berperanan dalam menjayakan projek Greater KL ini?
Di dalam melaksanakan Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) Greater KL / KV ini, Kerajaan Negeri Selangor telah dijemput menganggotai jawatankuasa pemandu ( Steering Committee ) Greater KL di mana melibatkan keanggotaan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor serta YB Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Ahli Antara lain termasuklah pembinaan fasa pertama Aliran Transit Massa (MRT) yang melibatkan laluan Sungai Buloh ke Kajang sejauh 60 kilometer, mengkoordinasikan projek pengindahan dan pembersihan Sungai Klang di bawah projek River of Life (RoL), serta yang terbaharu iaitu kerjasama dengan agensi InvestKL dengan kerjasama
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) untuk menarik seratus (100) syarikat multinasional melabur di Greater KL / KV . Pelbagai rundingan dan mesyuarat telah dan akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memastikan projek-projek mega di bawah Greater KL / KV ini dapat dilaksanakan.
-
Apakah bentuk manfaat yang bakal dinikmati oleh rakyat Selangor dengan projek tersebut?
Terdapat empat manfaat utama Greater KL / KV kepada ekonomi Selangor secara keseluruhan dan rakyat negeri ini secara kasarnya. Pertama, Greater KL / KV sebagai magnet untuk menarik syarikat –syarikat antarabangsa dan multinasional yang dinamik dan berdaya saing melabur dan bertapak di kawasan Greater KL / KV melalui penubuhan agensi InvestKL yang akan bekerjasama dengan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). Kedua, projek ini akan menguatkan jaringan perhubungan penduduk antara kawasan Greater KL / KV dengan pelaksanaan pembinaan fasa pertama Aliran Transit Massa (MRT) dari Sungai Buloh ke Kajang dan akan menambah baik sistem perhubungan awam di Greater KL / KV untuk memacu ekonomi negeri Selangor. Ketiga, Greater KL / KV juga akan mengenal pasti tempat- tempat yang berpotensi tinggi untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara. Selain itu, tempat-tempat awam juga akan ditambah elemen ‘kehijauan’ dengan menggunakan alam semula jadi seperti pokok, dedaun dan bunga sebagai landskap untuk meningkatkan lagi kualiti hidup penduduk. Keempat, sistem perkhidmatan akan ditambah baik secara berterusan demi menjadikan Greater KL / KV sebagai Kawasan Mesra Didiami. Ini juga termasuk projek pengindahan Sungai Klang melalui River of Life (RoL) dan penambahbaikan sistem pengurusan kumbahan sisa