Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
256) GRADUAN UNISEL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah graduan UNISEL dari 2019-2021 mengikut kursus yang diambil.
Jumlah graduan UNISEL dari 2019-2021 mengikut kursus yang diambil adalah seperti berikut:
-
Apakah pembaharuan Kerajaan Negeri untuk membantu graduan dari UNISEL?
- Kerajaan negeri Selangor dan UNISEl telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu graduan/alumni dari Unisel dalam usaha memastikan mereka mampu berdaya saing dan berjaya mendapat pekerjaan atau membina kerjaya.
Bantuan dan inisiatif ini telah menampakkan hasil apabila Unisel menunjukkan kadar kebolehpasaran yang meningkat setiap tahun. Data menunjukkan bahawa kadar kebolehpasaran graduan Universiti Selangor bagi tahun terkini 2021 adalah 90.5%. Kadar kebolehpasaran tahun 2021 ini telah mengatasi kadar kebolehpasaran pada tahun-tahun sebelum ini iaitu 2019 (72.08%) dan 2020 (71.42%). Tahun-tahun sebelum ini menunjukkan kebolehpasaran adalah antara 65-75%.
Hasil ini adalah disebabkan pelbagai bantuan terutama secara dalaman Unise dan menerusi agensi-agensi kerajaan. Antara bantuan yang berkaitan bagi membantu graduan UNISEl adalah :
- Kerajaan negeri Selangor terutama menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI telah melaksanakan program Selangor Kerjaya bermula bulan Januari 2022. Ini memberi ruang kepada graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan dalam jangka masa terdekat.
- Sesi libat urus yang dilaksanakan oleh UNISEL bersama majikan-majikan bagi memudahkan bakal graduan dan alumni mendapat opsyen pekerjaan.
- Jaringan kerjasama MoU dengan pelbagai pihak membolehkan karnival kerjaya dilaksanakan khusus kepada graduan UNISEL.
- Bantuan berbentuk latihan dan persediaan kepada bakal graduan bagi menyiapkan mereka ke alam pekerjaan. Ini termasuk latihan yang berpaksikan keusahawanan, jati diri, pembinaan resume serta inisiatif yang ada dalam membina dan mencipta pekerjaan.
- Jalinan kerjasama terutama dengan Hijrah Selangor bagi memudahkan graduan mendapat pinjaman bagi memulakan perniagaan berimpak tinggi.