Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

201) GRADUAN UNISEL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah graduan UNISEL dari 2016-2018 mengikut kursus yang diambil.

    Jumlah graduan UNISEL dari tahun 2016 sehingga tahun 2018 mengikut kursus yang diambil adalah seperti berikut:

     

    Peringkat  Kursus 2016 2017 2018
    Pengajian Asas/ Foundation 173 255 323
    Diploma 1,194 974 1,069
    Ijazah Sarjana Muda 1,578 1,266 1,575
    Sarjana / Master 35 18 23
    Doktor Falsafah / Ph.D 16 22 13
    JUMLAH 2,996 2,535 3,003
  2. Apakah pembaharuan Kerajaan Negeri untuk membantu graduan dari UNISEL?

    Pelbagai pembaharuan dilaksanakan oleh  Kerajaan Negeri dalam membantu graduan dari UNISEL antaranya adalah seperti berikut:

     

    1. PROGRESS (SL1M)

    Kerajaan Negeri mengumumkan pelaksanaan inisiatif siswazah khas dikenali sebagai Graduate Employability Enhancement Programme for Smart Selangor (PROGRESS) Batch 2 sebagai sebahagian daripada inisiatif  “Merakyatkan Negeri Selangor” dan kempen “Smart Selangor”. Objektif PROGRESS adalah meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menyediakan peluang latihan kerja dengan syarikat terpilih.

     

    1. Program Usahawan Siswazah PKNS (GROW)

    Program Usahawan Siswazah merupakan satu inisiatif yang diwujudkan untuk membantu golongan siswazah yang berminat menceburi bidang keusahawanan. Program ini membantu para peserta dalam mengendalikan perniagaan dari peringkat awal sehingga berjaya. Pelbagai maklumat dan pengalaman yang berguna akan dikongsikan bersama

     

    1. Program Modul Insan Belia Selangor 2016 dan 2017 (Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan )

    Setahun 4 siri. 1 siri 40 peserta

     

    1. Program Pembangunan Mahasiswa Finishing School 2017/2018

    Untuk pelajar tahun akhir. Persiapan ke bidang pekerjaan.

     

    1. Program Zero to Hero, Hijrah Selangor

    Bantuan mikro kredit kepada siswazah yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.

     

    1. Karnival Jom Kerja Selangor

    Pameran kerjaya dan temuduga kerja.

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.