Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
93) GRADUAN KUIS
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah graduan KUIS dari tahun 2010 hingga 2015
Jumlah graduan KUIS yang telah tamat pengajian dari tahun 2010-2016 adalah seperti berikut:
TAHUN GRADUASI JUMLAH GRADUAN 2010 1187 2011 1456 2012 982 2013 1834 2014 1610 2015 1152 Jumlah Graduan Keseluruhan 8221 -
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk memastikan kebolehpasaran setiap graduan ini memperoleh pekerjaan?
- Kerajaan Negeri bertanggungjawab memastikan Pihak KUIS untuk mengkaji dan review pencapaian Program pengajian yang ditawarkan mengikut standard dan Piawaian yang telah ditetapkan oleh Pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia agar sentiasa bersifat semasa, berdaya saing, ‘employability’ dan ‘marketability’ bertepatan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025.
- Membina rangkaian dan jaringan akademik melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara pihak KUIS dan Institusi Pengajian Tinggi di peringkat Nasional dan Antarabangsa serta membina jaringan industri dengan syarikat swasta atau badan Korporat dan Anak Syarikat milik Kerajaan Negeri termasuk latihan industri di dalam kelangsungan dunia pekerjaan dan mencipta kerjaya.
- Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Pihak KUIS telah mengadakan Program Karnival Pendidikan, Keusahawanan & Kerjaya KUIS dengan penyertaan daripada Pusat Jobs Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja.
- Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga telah melaksanakan Program Usahawan SMART KUIS 2016 yang telah dilaksanakan pada 11 April 2016 sehingga 2 Jun 2016.
- Meletakkan niche Islam sebagai asas kepada nilai pendidikan KUIS dan Kualiti graduan KUIS yang berakhlak mulia dan berintegriti serta cemerlang di dalam bidang akademik seterusnya menjadikan KUIS wadah melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.