Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

177) GOLONGAN PETANI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk program dan bantuan untuk membantu petani Selangor meningkatkan pendapatan mereka?

    Antara program insentif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian adalah seperti berikut:

    BUTIRAN (KOD) PROGRAM
    01000 Pembangunan Taman Agroteknologi (TKPM)
    02000 Pembangunan Tanaman Makanan

    -Projek Padi, Sayur, Buah, Kelapa, Tanaman Ladang

    03000 Pembangunan Tanaman Industri

    -Projek Nanas, Umbisi

    04000 Pembangunan Industri Bunga dan Tanaman Hiasan

    -Projek orkid dan bunga-bungaan dan nurseri

    05000 Pembangunan Industri Asas Tani
    10000 Pembangunan Pertanian Bersepadu

    -Projek cendawan, integrasi lebah, herba

     

    12000 Perkhidmatan Pengembangan dan Perundingan

    -Program latihan petani, seminar, kursus

    13000 Pembangunan Tanah Bermasalah

    -Pembangunan pertanian di tanah gambut, asid sulfik, bekas lombong

    14000 Pembangunan/Pengurusan Tanah Terbiar

    -Pembangunan projek pertanian di tanah individu yang telah terbiar melebihi 3 tahun.

    Maklumat Tambahan:

    Antara Program Utama Kerajaan Negeri adalah:

    1-Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor dan Program Natural Farming kawasan padi.Untuk program ini Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 16.7 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor (2009-2013) dan Program ini masih diteruskan sehingga kini

    2-Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Dimana terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasilhasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Untuk Program ini Kerajaan Negeri Memperuntukkan RM7,560,000 dibawah RMK10 (Tahun 20112015)

    3-Meningkatkan pengeluaran hasil tanaman melalui Program Pembangunan Tanaman Makanan (Sayur-sayuran, Buah-buahan dan Kelapa) , dan Program Pembangunan Tanaman Industri (Nanas dan Umbisi) dimana Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 13 juta untuk program-program tersebut dibawah RMK10 (Tahun 2011-2015).

  2. Apakah ada teknologi yang dihasilkan kerajaan negeri atau anak syarikatnya untuk meningkatkan hasil produk golongan petani?

    Agensi yang berperanan dalam menjalankan kajian dan menghasilkan teknologi peertanian di Malaysia adalah MARDI. Namun begitu Jabatan Pertanian berperanan untuk menyampaikan teknologi pertanian yang bersesuaian kepada golongan petani melalui program latihan dan petak promosi. Antara teknologi yang diperkenalkan oleh Jabatan Pertanian meningkatkan hasil golongan petani adalah:

    Pengamalan teknologi ‘Rice Check’ di kawasan penanaman padi , dimana tumpuan diberi kepada :

    • Penggunaan benih CL bagi kawalan padi angin
    • Perataan tanah untuk penapakan dan pengurusan air sawah
    • Pembajaan
    • Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM)
    • Pertanian Lestari (Natural Farming)
    • Menumpukan penggunaan Teknologi Fertigasi melalui Program pembangunan buah-buahan dan sayur-sayuran. Teknologi ini sesuai dalam keadaan penggunaan tanah yang terhad dan dapat dikawal sepenuhnya operasi pengeluarannya melalui mekanisasi dan automasi.
    • Menggalakkan dan membimbing petani ke arah Pertanian Lestari dengan menggunakan Teknologi Natural Farming dengan objektif:
    • Mengurangkan penggunaan bahan agro kimia yang boleh mendatangkan mudarat kepada petani
    • Mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti dan selamat untuk dimakan oleh pengguna Meningkatkan hasil dan pendapatan petani melalui pengurangan penggunaan bahan agro kimia
    • Melestarikan pertanian dan memulihara sumber alam
    Maklumat Tambahan: Terdapat 50 petak promosi teknologi pertanian dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2014:
      Daerah Bilangan            Petak

    Promosi Teknologi

     
    Sabak Bernam 19
    Kuala Selangor 13
    Hulu Selangor 1
    Klang 2
    Gombak/Petaling 2
    Hulu Langat 6
    Kuala Langat 8
    Sepang 3
    Jumlah 50

Lampiran

Tiada Lampiran.