Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

48) GOLONGAN MUALAF

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk bantuan dan bimbingan yang diberikan kepada golongan mualaf?

    Antara bentuk bantuan dan bimbingan yang disediakan oleh MAIS ialah :

    i) Bantuan-bantuan  berbentuk kebajikan seperti :-

    • Bantuan kewangan bulanan
    • Bantuan sewa rumah
    • Modal perniagaan
    • Pembinaan rumah
    • Bantuan Perubatan
    • Bantuan kecemasan
    • Bantuan pendidikan

    ii) Bimbingan kerohanian berbentuk kursus jangka pendek dan kelas pengajian Fardu Ain antaranya :-

    • Di sepanjang tahun 2008, sebanyak 450 program merangkumi pelbagai aktiviti dan kursus telah Berjaya dilaksanakan di seluruh daerah dalam Negeri Selangor, dan
    • Sebanyak 120 kelas yang telah dijalankan sepanjang tahun 2008 di seluruh daerah Negeri Selangor
  2. Apakah masalah-masalah utama yang dihadapi golongan mualaf apabila memeluk agama Islam dan bagaimanakah cara mengatasinya?

    Antara masalah utama yang dihadapi oleh golongan mualaf ialah di pulau oleh ahli keluarga serta pandangan dan tanggapan negatif yang dilemparkan oleh masyarakat setempat. Di samping itu juga faktor ekonomi juga salah satu masalah yang dihadapi oleh golongan mualaf. Sebagai langkah awal mengatasi masalah-masalah tersebut, MAIS telah menyediakan rumahrumah transit di beberapa daerah bagi memberi pelindungan sementara kepada mereka di samping menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang menghadapi masalah ekonomi.

  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memastikan masyarakat tempatan juga sama-sama membantu golongan ini?

    Di samping beberapa perkhidmatan berbentuk kebajikan, penjagaan dan pengajaran yang telah disediakan oleh MAIS, Kerajaan Negeri juga melalui MAIS telah mengadakan kerjasama dengan Pentadbir Masjid seluruh Negeri Selangor bagi memantau serta mengikuti perkembangan golongan mualaf yang tinggal di sekitar kariah masjid berkenaan. Beberapa masjid di seluruh daerah Negeri Selangor telah memberi kerjasama yang agak memberangsangkan dengan menyediakan tempat untuk mengadakan kelaskelas bimbingan Fardu Ain kepada mereka serta menjadi orang tengah dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Lampiran

Tiada Lampiran.