Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

246) GOLONGAN MUALAF

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan negeri untuk membanteras kes murtad di kalangan mualaf ?

    Jabatan Mufti Selangor menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling bagi kes

    murtad di kalangan mualaf. Selain itu, terdapat juga ‘Skuad Mesra’ bagi menziarahi mualaf yang ingin keluar dari Islam dengan mengenap pasti masalah mereka di samping memberi bantuan yang diperlukan

  2. Apakah langkah kerajaan negeri untuk membanteras kes murtad di kalangan mualaf ?

    Antara program yang dilaksanakan:

     

    1. Kursus Insentif Mualaf Asas bagi memberikan pendidikan awal atau fardhu ain bagi mualaf yang baru masuk islam. Pendekatan yang digunakan di dalam kursus meliputi ceramah, praktikal, latihan pengukuhan dan penilaian. Kekerapan program diadakan sebanyak 11 kali setahun.

     

    1. Kursus Insentif Mualaf Lanjutan bagi memberikan pendidikan lanjutan fardhu ain bagi mualaf yang baru masuk Islam. Pendekatan yang digunakan di dalam kursus meliputi ceramah, praktikal, latihan pengukuhan dan penilaian. Kekerapan kursus program diadakan sebanyak 3 kali setahun.

     

    1. Kursus Pengukuhan Mualaf bagi mengukuhkan lagi pemahaman mualaf dan pengamalan di dalam kehidupan harian mereka. Antara skop pengukuhan adalah:
    • 3.1 Kursus Tahsin Ibadah
    • 3.2 Kursus Pemantapan Akidah (bahasa Tamil, Mandarin dan English)

    3.3 Kursus Pasca Perkahwinan

    3.4 Kursus Pengurusan Jenavah

    3.5 Kursus Motivasi dan Team Building

    3.6 Kursus Penyediaan Makanan Halal

     

    3.7 Kursus Smart Solat

    3.8 Kursus Pengurusan Harta (Wasiat dan Hibah)

     

    1. Selain kursus-kursus yang dilaksanakan beberapa program kesedaran juga turut dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran mualaf seperti ceramah bulanan, sambutan hari kebesaran Islam, mini forum dan sebagainya. Kekerapan adalah mengikut tarikh kebesaran Islam.

     

    1. Kelas Agama Mualaf juga dilaksanakan di setiap daerah bagi memastikan mualaf di Negeri Selangor ini mendapat bimbingan asas fardhu ain. Sehingga 1 November 2014 sebanyak 171 Kelas Fardhu Ain Mualaf telah diwujudkan bagi menampung keperluan sedia ada.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.