Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

112) GOLONGAN MISKIN TEGAR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak jumlah golongan tersebut di Negeri Selangor?

    30% penduduk adalah di dalam kategori miskin di mana mereka adalah berpendapatan
    RM1500 ke bawah sebulan. Kerajaan Negeri sedang membuat bancian terperinci untuk
    mendapatkan data dan senario kemiskinan dengan lebih jelas.

  2. Di antaranya, berapa adalah ibu tunggal?

    97% yang mendaftar di dalam portal ibu tunggal adalah golongan miskin. Buat masa ini
    seramai 19,841 ibu tunggal telah berdaftar di dalam portal tersebut.

  3. Apakah cara-cara jangka masa pendek dan masa panjang yang pernah diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menolong mereka?

    Bagi meningkatkan pendapatan golongan ibu tunggal, Kerajaan Negeri sentiasa
    melaksanakan program-program meningkatkan pendapatan serta program-program
    meningkatkan kemahiran seperti bengkel jahitan dan kursus sulaman. Selain itu, Pusat
    Komuniti Ibu Tunggal diwujudkan untuk membantu ibu tunggal meningkatkan
    pendapatan di mana sekumpulan ibu tunggal mengusahakan pendapatan melalui
    projek-projek ekonomi seperti projek jahitan, masakan dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.