Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
289) GOLONGAN BANKRAP SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah ramai orang bankrap sejak tahun 2020 hingga kini?
Jawapan a, b dan c dijawab bersekali.
Jumlah kes kebankrapan yang direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sejak tahun 2020 hingga tahun 2024 berjumlah 31,387 kes.
JUMLAH KESELURUHAN KES KEBANKRAPAN YANG DIDAFTARKAN MENGIKUT CAWANGAN DARI TAHUN 2020 HINGGA DISEMBER 2024
CAWANGAN TAHUN JUMLAH 2020 2021 2022 2023 2024 WIL. PERSEKUTUAN 872 918 823 626 715 3,954 SELANGOR 1,900 1,789 1,044 1,249 1,599 7,581 JOHOR BAHRU 628 544 559 400 492 2,623 PERAK 499 354 272 245 332 1,702 PULAU PINANG 386 373 357 283 324 1,723 KEDAH 381 359 591 264 335 1,930 MUAR 261 158 133 89 114 755 SABAH 569 357 334 221 230 1,711 KELANTAN 324 253 303 243 264 1,387 MELAKA 254 146 125 121 155 801 NEGERI SEMBILAN 444 311 206 206 232 1,399 TEMERLOH 212 78 105 63 108 566 PAHANG 187 178 172 131 214 882 SARAWAK 236 147 129 214 255 981 TERENGGANU 367 139 145 150 164 965 MIRI 194 92 73 67 94 520 SIBU 121 54 68 47 88 378 TAIPING 180 69 77 74 62 462 TAWAU 180 130 75 55 104 544 SANDAKAN 107 79 59 39 50 334 PERLIS 49 26 45 23 46 189 JUMLAH 8,351 6,554 5,695 4,810 5,977 31,387 Berdasarkan rekod Jabatan, jumlah kes kebankrapan Negeri Selangor yang masih ditadbir sebanyak 23,352 kes setakat bulan Disember 2024. Jumlah kes kebankrapan di Negeri Selangor yang berjaya dilepaskan di bawah Dasar peluang Kedua (DPK) sebanyak 17,131 kes.
Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan kadar kebankrapan pada masa kini dan cara yang terbaik untuk mengelak daripada kebankrapan ialah melalui kesedaran individu itu sendiri tentang risiko atau kesan daripada perintah kebankrapan. Kesedaran ini dapat diterap melalui pendidikan dan pendekatan perbelanjaan yang berhemah.
Untuk membantu mengurangkan kadar kebankrapan, Jabatan Insolvensi Malaysia telah melaksanakan pelbagai program bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang isu bankrap dengan melaksanakan program bersama komuniti dan masyarakat seperti outreach programme, dialog umum, taklimat termasuk pembukaan reruai. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat, memberikan pendidikan dan mewujudkan kesedaran kepada orang awam khususnya golongan belia termasuk ceramah kesedaran mengenai isu muflis kepada agensi-agensi awam & swasta, orang awam dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam & swasta bagi menerangkan kesan serta akibat daripada perintah kebankrapan. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi supaya masalah ini dapat ditangani di peringkat awal lagi.
Selain itu, Kerajaan juga melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia telah mengadakan program-program untuk memberi kesedaran tentang isu muflis. Program ini juga melibatkan perancangan kewangan kepada semua golongan supaya dapat menangani masalah pengurusan kewangan di peringkat pra kebankrapan. Pengurusan kewangan yang berhemah akan menjamin kedudukan kewangan di tahap yang terbaik. Melalui program ini akan dapat membantu golongan bankrap khususnya untuk berbelanja secara berhemah dan bijak dalam pengurusan kewangan bagi mengelakkan kebankrapan.
Untuk mengurangkan kes kebankrapan, Jabatan Insolvensi Malaysia juga telah melaksanakan usaha di bawah Rukun Ihsan Malaysia Madani iaitu Dasar Peluang Kedua – Jelajah Jabatan Insolvensi Malaysia 2024. Jelajah Jabatan Insolvensi Malaysia 2024 adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani untuk membawa pelaksanaan undang-undang kepada rakyat yang memerlukan. Program ini juga bertujuan untuk merealisasikan pelaksanaan Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 [A1695] kepada kesemua 21 cawangan Mdl seluruh Malaysia.
Jelajah insolvensi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam dan golongan bankrap terutamanya yang berada di kawasan luar bandar tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Salah satu contoh ialah peruntukan pelepasan bankrap di bawah seksyen 33C Akta 360 yang dikuatkuasakan pada 6 Oktober 2023 bagi membantu bankrap dilepaskan secara automatik dalam tempoh tiga hingga lima tahun dari tarikh bankrap menyerahkan borang statutori iaitu Pernyataan Hal Ehwal (PHE). Jelajah insolvensi ini juga turut meliputi penyampaian maklumat seperti webinar, sesi town hall bersama penuntut-penuntut universiti, kolej, guru-guru sekolah, penduduk komuniti setempat, Majlis-majlis daerah, Ketua-ketua kampung & adat, agensi-agensi kerajaan & swasta berkaitan kebankrapan untuk memahami peluang kedua bagaimana untuk keluar daripada perintah kebankrapan. Jelajah insolvensi ini juga turut diperluaskan melalui media sosial rasmi Jabatan seperti Instagram, Facebook, TikTok, Twitter, media elektronik, terbitan akhbar dan penyampaian maklumat secara langsung melalui televisyen dan radio seperti pop siar, RTM, ASTRO, BERNAMA dan TV3. Penyampaian maklumat ini akan memberi manfaat serta kesedaran kepada masyarakat umum tentang kesan daripada perintah kebankrapan dan bagi golongan bankrap terutamanya yang enggan atau tidak pernah hadir ke Jabatan Insolvensi Malaysia.
-
Berapa ramai rakyat Selangor telah dibebas bankrap bawah Dasar Peluang Kedua?

Bagaimana Kerajaan Negeri membantu untuk mengurangkan masyarakat yang terkurung dalam masalah ekonomi hingga bankrap?