Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
200) GOLONGAN B40 DAN M40
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan gerak kerja Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti golongan B40 dan M40 yang di setiap
DUN Selangor.Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Tuan Speaker,
Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Mengikut Negeri dan Daerah Pentadbiran Negeri Selangor Tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan had pendapatan bagi kumpulan B40 yang merangkumi 649.3 ribu isi rumah adalah RM6,959 sebulan manakala had pendapatan kumpulan M40 yang melibatkan 649.3 ribu isi rumah adalah di antara RM6,960 hingga RM14,439 sebulan di Negeri Selangor. Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia yang seterusnya telah dilaksanakan pada tahun 2022 untuk tempoh 12 bulan di seluruh negara dan laporan akan diterbitkan pada tahun 2023. Analisis daripada survei ini juga tidak terhad di peringkat nasional dan negeri sahaja bahkan sehingga ke peringkat daerah pentadbiran.
Ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai maklumat serta gerak kerja yang khusus bagi mengenalpasti jumlah golongan B40 dan M40 mengikut DUN. Namun begitu, usaha dalam membantu kedua-dua golongan ini khususnya golongan B40 sentiasa menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam memastikan golongan ini sentiasa memperoleh manfaat melalui Iltizam Selangor Penyayang (ISP).
ISP merupakan salah satu inisiatif yang dibentuk untuk memberdayakan rakyat di samping mengupaya dan meningkatkan social safety net seperti yang digariskan di dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SGD). ISP ini terdiri daripada empat puluh tiga (43) program dan dirangkumkan di dalam enam (6) kategori iaitu pemberdayaan rakyat, kesihatan, pendidikan, perumahan, keusahawanan dan mesra anak selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Air Tawar, kebanyakan syarat-syarat pendapatan program di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah dinaikkan kepada RM3,000 seisi rumah. Hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk memberikan bantuan kepada golongan sasar yang benar-benar perlu dibantu dan membuka peluang kepada lebih ramai rakyat untuk memohon bantuan dan menerima manfaat. Antara contoh program-program yang telah ditetapkan syarat pendapatan RM3,000 sebulan adalah seperti Program Jom Shopping Perayaan, Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan Program Bantuan Peralatan Usahawan India (I-SEED).
Dalam memastikan rakyat terutamanya golongan B40 ini tersenarai di dalam inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP), Kerajaan Negeri juga sentiasa komited dalam membuat hebahan dan promosi melalui Jelajah Selangor Penyayang pada tahun 2022 dan Jelajah Kita Selangor Penyayang pada tahun 2023 di setiap daerah. Jelajah tersebut memberi gambaran komitmen Kerajaan Negeri untuk mendengar isu penduduk setempat selain memastikan tiada golongan ditinggalkan.
-
Apakah penambahbaikan yang dilakukan untuk memastikan golongan B40 ini semua telah termasuk di dalam senarai Kerajaan Negeri?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.