Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
179) GOLONGAN B40
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah keluarga dalam golongan sasar B40 yang telah berdaftar dengan e-Kasih
B40 adalah isirumah berpendapatan 40 peratus terendah yang mempunyai pendapatan di bawah RM4,360 peringkat Nasional mengikut Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Justeru, kesemua pendaftar eKasih boleh dikategorikan sebagai golongan B40.
-
Senaraikan program IPR yang boleh dimohon untuk golongan B40 dan M40.
Ramai dikalangan Ahli Dewan Negeri telah membangkitkan mengenai Penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri masa kini. Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) adalah penjenamaan semula Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan sejak 10 tahun yang lalu.
Retreat EXCO 2018 pada 13 hingga 16 Ogos 2018 telah memutuskan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membentangkan keberkesanan dan keperluan penjajaran program IPR dengan mengambil kira perkara seperti berikut :
i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada pengupayaan (empowerment);
ii) Penekanan kepada program-program kesedaran; dan
iii Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.
Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2019 pada 23 November 2018 telah diumumkan bahawa agenda pelaksanaan program-program IPR akan diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR di Selangor.
Program IPR yang boleh dimohon oleh golongan B40 dan M40 adalah
seperti di lampiran I.