Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
245) GODELL PARKING
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah hasil kajian Kerajaan Negeri untuk kontrak yang telah ditandatangani dengan pihak Godell Parking?
- Dijawab oleh MAKRO
-
Mengapakah kajian tersebut mengambil masa yang begitu lama?
- Dijawab oleh MAKRO
-
Mengapakah tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) walaupun pihak Godell Parking tidak memenuhi tanggungjawab kontrak mereka seperti memberikan mesin kupon yang mencukupi dan pembayaran lewat kepada MPSJ?
- Majlis telah mengadakan perbincangan dengan Godell Parking pada 26 Ogos 2009 berhubung rungutan penduduk berhubung kekurangan mesin kupon yang tidak mencukupi dan pembayaran lewat
Godell Parking telah membuat penambahan dengan tempahan mesin letak kereta sebanyak 135 mesin dan kesemua mesin ini dapat dipasang dan beroperasi sepenuhnya pada penghujung Februari 2010. Kelewatan ini disebabkan mesin ini diimpot dari luar negara. Jumlah keseluruhan mesin di MPSJ kini adalah sebanyak 605 unit iaitu merupakan pertambahan sebanyak 112% berbanding bilangan pada tahun 2002 iaitu 285 unit sahaja. Berbanding dengan penambahan petak letak kereta hanya sebanyak 36% untuk tahun yang sama iaitu dari 17,159 kepada 23,409 petak.
Selain daripada itu Majlis telah memberi amaran kepada syarikat Godell Parking ke atas kelewatan pembayaran dan kini mereka telah menjelaskan bayaran mengikut jadual yang dipersetujui iaitu di dalam tempoh 30 hari selepas akhir bulan berikutnya.