Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
49) GO RURAL
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan khusus bagi menjayakan polisi ÒGo RuralÓ ini?
- Kerajaan Negeri dari dulu hingga kini memberi tumpuan spesifik kepada Pembangunan Desa. Matlamat Kerajaan Negeri secara amnya adalah untuk meningkatkan pendapatan serta taraf ekonomi penduduk desa. Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup serta merapatkan jurang ekonomi masyarakat Bandar dan
Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang merangka satu dasar iaitu Pembangunan Desa Bersepadu dan Mampan. Ini bertujuan bagi meningkatkan pendapatan penduduk di samping mewujudkan nilai keempunyaan penduduk bagi sesuatu kampung tersebut. Perkara ini masih di peringkat awal di mana segala kajian sedang dilakukan di peringkat akar umbi bagi memastikan segala perjalanan berhubung perkara ini berjalan seperti yang dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat. Kawasan serta zon yang terlibat dalam Pembangunan Desa ini ialah di seluruh kawasan desa di negeri Selangor. Setakat ini dalam pelaksanaan program Pembangunan Desa program-program yang dilaksanakan ialah Program Pemberian Insentif Bas Sekolah dan Program Kemahiran Teknikal Belia Selangor. Pembangunan desa akan dilaksanakan secara holistik dengan melibatkan kesemua kampung akan diambil kira dan ianya akan dijalankan secara berfasa. Langkah-langkah pelaksanaan Projek Pembangunan Desa adalah seperti berikut:
- Peringkat pertama ialah Memberi Kesedaran terhadap kepentingan dan keperluan pembangunan desa. “Raising Awareness”. Pada peringkat pertama ini, Ketua-Ketua Kampung akan mendengar sendiri mandat daripada Y.A.B Dato Menteri Besar. Pada peringkat ini juga akan diadakan sesi perbincangan untuk mempelajari sebab-sebab dasar-dasar terdahulu gagal oleh pembuat/pelaksana. (lesson learn – experienced based)
Peringkat kedua ialah Memperkenalkan Agenda Polisi, “Create Policy Agenda”. Pada peringkat kedua ini, akan diadakan bengkel “Kenali Kampungku”. Struktur pelaksanaan bengkel ini akan diketuai oleh Jawatankuasa Pemandu dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pelaksana dengan kerjasama JKKK. Bengkel ini akan disertai oleh Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Kampung, Setiausaha JKKK, Wakil Wanita. Bengkel ini bertujuan mengenal pasti pelanggan serta profil kampung seperti aset tenaga manusia yang dimiliki, kemudahan serta sumber sedia ada, sistem kewangan dan politik setempat, serta proses komunikasi di kampung itu. Selain itu, bengkel ini juga membolehkan perbincangan dua hala mengenai masalah-masalah yang dihadapi di kampung-kampung yang menyekat kemajuan ekonomi mereka. Di samping itu, bengkel ini juga bertujuan untuk mendapatkan cadangan daripada masyarakat kampung sendiri tentang kemajuan yang diinginkan di kampung
- Peringkat ketiga ialah untuk Menyusun Agenda-Agenda yang dibincangkan dalam bengkel Mengikut Keutamaan. “ Prioritize Agenda”
- Peringkat keempat ialah Menggubal Dasar Baru. “ Enact on New Policy”. Peringkat penggubalan dasar baru ini akan diadakan hasil daripada pemantauan terperinci dari semasa ke semasa terhadap projek-projek yang dalam proses pelaksanaan bagi memastikan dasar digubal wajar dengan keperluan yang diteliti di peringkat akar
- Peringkat kelima ialah untuk Memantau Dan Menilai Polisi-Polisi.
“Evaluate Policy”.
Pelaksanaan pembangunan desa bersepadu dan mampan ini bergantung kepada kemajuan dalam pembangunan komuniti sesuatu kawasan tersebut. Langkah-langkah asas dalam pembangunan sesuatu komuniti adalah seperti berikut:
- Membina Sokongan merupakan tonggak yang paling utama di dalam dasar ini dimana ianya memerlukan kajian diperingkat akar umbi serta mendapatkan maklumat-maklumat yang
- Membuat Perancangan. Setelah mendapatkan maklumat yang diinginkan, perancangan bagi memastikan program ini berjalan secara lancar adalah diperlukan. Kajian-kajian juga turut dilakukan keatas program yang gagal dilaksanakan bagi mengelakkan perkara yang sama
- Implemantasi dan Menyesuaikan Pelan. Perancangan yang telah dirancang akan dilaksanakan mengikut kesesuaian di sesebuah kampung tradisi di Negeri
- Mengekal Momentum. Sekiranya pelan yang dirangka bersesuaian dengan kampung tersebut, ia akan diteruskan sehingga mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
-
Manakah kawasan atau zon yang terlibat?
-
Apakah bentuk program dan pengisian bagi melaksana dasar ini?