Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

13) GERAN TEKNOLOGI KECIL ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah objektif pemberian geran tersebut?

    Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam menyokong agenda negeri ke arah melestarikan alam sekitar bagi menangani isu-isu seperti pemanasan global, pencemaran udara, pencemaran air, banjir kilat serta kepupusan flora dan fauna. Objektif utama pemberian geran seperti berikut:

    i) membantu komuniti di dalam organisasi dan persatuan untuk mengakses pembiayaan bagi projek-projek yang inovatif agar kesedaran mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa;

    ii) meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan menjaga alam sekitar serta menggalakkan penggunaan teknologi hijau di dalam kehidupan harian rakyat negeri Selangor; dan

    iii) mempertingkatkan kesedaran mengenai kepentingan penggunaan teknologi hijau dalam kalangan masyarakat dari semasa ke semasa ke arah penggunaan tenaga yang lebih cekap, mesra alam dan boleh diperbaharui.

  2. Berapakah jumlah permohonan dan peruntukan yang telah diluluskan sejak tahun 2018 sehingga kini? sila berikan mengikut daerah?

    Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor telah dilaksanakan bermula dari tahun 2018 sehingga kini. Walaubagaimanapun pada tahun 2020, program tersebut tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik Covid-19. Berikut adalah pecahan permohonan Geran Kecil Alam Sekitar Negeri Selangor yang telah diluluskan mengikut daerah bagi tahun 2018, 2019 dan 2021/2022 seperti jadual di bawah:

    Manakala berikut ialah pecahan permohonan Geran Kecil Teknologi Hijau yang telah diluluskan mengikut daerah seperti jadual di bawah:

  3. Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan penerima geran di Daerah Klang?

    Senarai penerima-penerima Geran Kecil Alam Sekitar Negeri Selangor di Daerah Klang bagi tahun 2018 hingga 2022 seperti berikut:

    Manakala senarai penerima-penerima Geran Kecil Teknologi Hijau Negeri Selangor di Daerah Klang bagi tahun 2018 hingga 2022 seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.