Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
146) GERAN TANAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG BARU
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berikan butiran penduduk mengikut Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun tetapi masih memiliki lesen TOL sahaja ?
Daripada data-data yang ada menunjukkan semua Kampung Cina telah
diberikan hak milik pajakan. -
Apakah polisi pihak Kerajaan Negeri untuk memberikan geran tanah kekal kepada penduduk Kampung Baru yang telah menduduki tanah tersebut lebih 15 tahun ?
Pihak Berkuasa Negeri mempunyai kuasa di bawah peruntukan Seksyen 76
Kanun Tanah Negara untuk melupuskan tanah kerajaan secara pajakan atau
selama-Iamanya. Walau bagaimanapun dasar Kerajaan Negeri hanya
meluluskan hak milik secara pajakan. -
Apakah langkah -Iangkah yang sedang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengawal penyalahgunaan kuasa dan pemberian geran tanah kepada pihak yang tidak layak di Kampung Baru ?
Tiada maklumat terperinci berkaitan soalan yang dikemukakan.