Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

345) GERAN TANAH

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Masih terdapat rakyat di DUN Kuang yang belum menerima geran tanah khususnya di Blok E, Kg Melayu Sri Kundang. Berapakah jumlah keseluruhan pemohon di kawasan tersebut?

    Berdasarkan semakan rekod di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, jumlah keseluruhan permohonan pelupusan secara pemberimilikan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara di kawasan Blok E, Kampung Melayu Sri Kundang sejak tahun 1990an sehingga tahun 2023 adalah sebanyak dua ratus sembilan puluh satu (291) permohonan.

  2. Mohon senaraikan jumlah yang telah menerima geran tanah serta jumlah pemohon yang masih dalam tempoh menunggu?

    Pihak Berkuasa Negeri telah mempertimbangkan239 permohonan seperti berikut:

    • 172 permohonan diluluskan dan telah didaftarkan hak milik setelah bayaran premium dijelaskan.
    • 67 permohonan telahpun ditolak. Walau bagaimanapun, pemohon adalah dibenarkan untuk mengemukakan semula permohonan.

    Baki sebanyak 52 permohonan sedang diproses untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri.

  3. Apakah punca kelewatan proses penyerahan geran di kawasan tersebut?

    Antara punca kelewatan dalam memproses permohonan di kawasan Kampung Melayu Sri Kundang adalah kerana beberapa kali perubahan pelan permohonan daripada pelan pertapakan asal kerana kedudukan rumah kediaman yang diusahakan di atas tapak adalah berbeza dengan tapak yang dipohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.