Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

183) GERAN SELANGORKU RM300 JUTA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi keseluruhan pelaksanaan projek-projek Geran Selangorku berjumlah RM300 juta bagi 2012?

    Peruntukan Geran Selangorku banyak dibelanjakan bagi menagani isu-isu Infrastruktur memandangkan permintaan terhadapnya sentiasa tinggi dimana sebanyak RM32.8 juta dibelanjakan dari peruntukan sebanyak RM50 juta. Ini diikuti dengan Infrastruktur Sukan sebanyak RM5.6 juta dan seterusnya Pengkukuhan Demokrasi sebanyak RM4 juta. Butiran adalah sepertimana jadual berikut:

    BIL       TAJUK GERAN                                      PERUNTUKAN       KOMITMEN                 BAKI
    1 INFRASTRUKTUR 50,000,000.00 32,848,040.15 17,151,959.85
    2 INFRASTRUKTUR SUKAN 30,000,000.00 5,620,806.50 24,379,193.50
    3 PENGUKUHAN DEMOKRASI 5,000,000.00 4,086,972.02 913,027.98
    4 PEMERKASAAN WANITA 30,000,000.00 3,430,505.63 26,569,494.37
    5 SOKONGAN PENDIDIKAN 30,000,000.00 3,038,062.71 26,961,937.29
    6 PENERANGAN MAKLUMAT NEGERI 10,000,000.00 1,681,300.12 8,318,699.88
    7 KEUSAHAWANAN MUDA 30,000,000.00 1,507,757.20 28,492,242.80
    8 PROGRAM PEJABAT KE RAKYAT 20,000,000.00 1,230,085.00 18,769,915.00
    9 PROGRAM PENGUKUHAN BUDAYA 3,000,000.00 335,930.00 2,664,070.00
    10 PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR 5,000,000.00 318,548.50 4,681,451.50
    11 PEMBASMIAN RASUAH & PENYELEWENGAN 15,000,000.00 250,000.00 14,750,000.00
    12 PROGRAM JANGKAAN KEHIDUPAN BANDAR 10,000,000.00 248,741.67 9,751,258.33
    13 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 22,000,000.00 202,276.38 21,797,723.62
    14 PENINGKATAN KEHIDUPAN HIDUP RAKYAT 5,000,000.00 190,000.00 4,810,000.00
    15 PENGENALAN GAJI MINIMA 10,000,000.00 50,000.00 9,950,000.00
    16 DARI KEBAJIKAN KEPADA PEKERJA 20,000,000.00 0.00 20,000,000.00
    17 KEHIDUPAN BANDAR 5,000,000.00 0.00 5,000,000.00
             

    300,000,000.00     55,039,025.88   244,960,974.12

  2. Apakah faktor-faktor yang menghalang sebahagian peruntukan disalurkan kepada beberapa segmen dalam program Geran Selangorku?

    Punca utama permohonan ditolak ialah:

     Isu infrasturktur:

    • permohonan bertindih dengan peruntukan MARRIS atau dalam pelaksanaan JKR Negeri,
    • dalam perhatian dan akan dilaksanakan oleh Agensi Persekutuan yang lain,
    • lokasi tapak bermasalah (tanah persendirian atau rizab JPS, Sungai,

    TNB, KTM, LRT) o Melebihi had peruntukan bagi setiap DUN (RM1 juta)  Bukan Infrastruktur:

    • Cadangan program tidak menepati semangat asal geran tersebut.
    • Program tidak menjurus memberi manfaat terus kepada golongan yang disasarkan contohnya kos yang tinggi untuk perunding atau pengurus program.
  3. Apakah rancangan Kerajaan Negeri menyalurkan baki RM300 juta sehingga Disember 2013?

    Program-program di bawah Geran Selangorku akan diteruskan, dan pelaksanaannya akan ditambah baik berdasarkan beberapa kekurangan yang telah dikenalpasti sebelum ini contohnya kekurangan tenaga mahir bagi melakukan kerja-kerja audit.

    Kualiti permohonan yang diterima bertambah baik manakala pihak pelaksana seperti PBT dan PTD juga telah memahami dengan jelas kriteria-kriteria yang telah digariskan bagi pengurusan sebutharga serta pemantauan pelaksanaan projek.

    Selain meneliti permohonan baru, permohonan-permohonan yang di’kiv’ sebelum ini juga akan disemak semula jika masih relevan keperluannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.