Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

42) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM SOKONGAN PENDIDIKAN

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Daripada jumlah RM30 juta geran ini berapakah pecahannya yang bakal disalurkan ke sekolah agama rakyat, SKJ(T) dan SJK(C)?

    Tiada pecahan yang khusus atau had kerana ia akan diagihkan berdasarkan keperluan.

  2. Apakah kriteria yang digunakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyalurkan geran ini dalam menyediakan kemudahan asas pendidikan?

    Geran untuk program golongan pendidikan ini disasarkan kepada pelajar Institusi pendidikan (Sekolah, Kolej, Universiti) untuk tujuan menaikkan taraf pendidikan termasuk golongan kurang upaya. Kemudahankemudahan yang dicadangkan termasuk tetapi tidak terhad kepada tuisyen, peralatan komputer, perpustakaan, peralatan pembelajaran dan lain-lain

  3. Apakah badan atau agensi pemantau yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri dalam melaksanakan penyaluran geran ini?

    Jawatankuasa Pemandu akan menubuhkan unit pemantauan disamping ADUN di kawasan terbabit.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.