Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
70) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM MEMPERKASAKAN WANITA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah dari jumlah RM30 juta ini akan disalurkan sebelum Jun 2012?
Perlaksanaan peruntukan RM30 juta ini adalah berdasarkan konsep ‘rapid deployment’ dan akan dimanfaatkan sebaik mungkin sebelum Jun 2012.
-
Berapakah anggaran jumlah dari RM30 juta ini akan disalurkan dalam program-program basmi kemiskinan wanita?
Program-program akan dinilai dari permohonan yang diterima dan setakat 7 Mac 2011 sebanyak 6 permohonan telah diterima di mana 35% bagi program-program keusahawanan manakala 65% adalah bagi program basmi kemiskinan wanita.
-
Berapakah anggaran jumlah dari RM30 juta ini akan disalurkan dalam program-program keusahawanan wanita?
Seperti di SUB(b)