Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

62) GERAN SELANGORKU Ð PROGRAM KEUSAHAWANAN MUDA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan garis panduan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri agar geran sebanyak RM50 juta ini tidak bertindih dengan program- program SkimSel dan MiMBAR?

    Program keusahawanan muda yang melibatkan dana RM30 juta akan bekerjasama rapat dengan pengurusan program-program SkimSel dan MiMBAR dalam perkongsian pangkalan data bagi memastikan tiada pertindihan.

  2. Apakah jenis dan kategori perniagaan yang melayakkan usahawan- usahawan muda mendapat peruntukan daripada geran ini?

    Kategori perniagaan adalah terbuka dan akan dinilai mengikut beberapa kriteria termasuk risiko, daya maju serta tahap kesediaan usahawan terbabit.

  3. Adakah Kerajaan Negeri bercadang agar golongan OKU di kalangan usahawan muda akan diberikan keutamaan dan keistimewaan?

    Kerajaan Negeri akan menimbang keutamaan mengikut merit masingmasing, termasuk bagi golongan OKU.

Lampiran

Tiada Lampiran.