Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

85) GERAN SELANGORKU Ð PENYALURAN DANA

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan garis panduan utama penyaluran peruntukan- peruntukan dana bagi geran RM300 juta ini?

    Terdapat beberapa dasar dan garis panduan utama dalam peruntukanperuntukan dana geran Selangorku. Mekanisma pelaksanaan adalah berpandukan kepada prinsip-prinsip seperti ‘Value for Money’  di mana hasil program berbaloi setiap ringgit yang dibelanjakan serta mengawal ketirisan agar setiap Ringgit benar-benar sampai ke sasaran.  Selain ini, Pelaksana Projek tidak dari kalangan Pencetus Projek (pengisihan peranan bagi mengelakkan unsur-unsur ‘conflict of interests’). Pemerkasaan (‘empowerment’) rakyat terbanyak dan menitikberatkan pembinaan kemahiran serta kelestarian (‘sustainability’) bagi mengurangkan penggantungan berterusan.  Penekanan kepada aspek kecekapan pelaksanaan, pemantauan rapi serta kawalan mutu perkhidmatan

  2. Apakah geran ini akan disalurkan menurut daerah-daerah pentadbiran di bawah Kerajaan Negeri?

    Projek-projek diluluskan mengikut keperluan dan sasaran Kerajaan Negeri adalah 2 projek setiap DUN bagi fasa pertama perlaksanaan sehingga Jun 2012.

  3. Apakah Kerajaan Negeri ada perancangan untuk menyalurkan geran ini menurut DUN?

    Sama seperti di SUB(b)

Lampiran

Tiada Lampiran.