Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

136) GERAN SELANGORKU

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan butiran terperinci jumlah peruntukan Geran Selangorku dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan mengikut pecahan daerah?

    Peruntukan yang dapat dipecahkan mengikut daerah hanya projek-projek Infra dan infra sukan sepertimana butiran di bawah:

  2. Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan banyak projek yang diluluskan oleh Geran Selangorku mengalami masalah kelewatan bayaran?

    Punca utama kelewatan pembayaran ialah mendapatkan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) oleh sama ada PBT atau PTD terbabit untuk pembayaran pertama. Bagi pembayaran seterusnya, ia tertakluk kepada laporan audit dan ujian-ujian yang dijalankan  (contohnya  coring  test  untuk  kerja-kerja  penurapan   jalan) di mana kelewatan disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan yang perlu diselesaikan sebelum sebarang pembayaran

  3. Sila nyatakan apakah kriteria yang ditetapkan dalam meluluskan sesuatu permohonan?

    Permohonan mestilah menepati matlamat asal tajuk geran tersebut dari segi kumpulan sasar yang akan menerima faedah darinya. Walau bagaimana pun punca utama permohonan ditolak ialah:

    • Isu Infrastruktur:
    • permohonan bertindih dengan peruntukan MARRIS atau dalam pelaksanaan JKR Negeri,
    • dalam perhatian dan akan dilaksanakan oleh Agensi Persekutuan yang lain,
    • lokasi tapak bermasalah (tanah persendirian atau rizab JPS, Sungai, TNB, KTM, LRT)
    • Melebihi had peruntukan bagi setiap DUN (RM1 juta)
    • Bukan Infrastruktur:
    • Cadangan program tidak menepati semangat asal geran
    • Program tidak menjurus memberi manfaat terus kepada golongan yang disasarkan contohnya kos yang tinggi untuk perunding atau pengurus

Lampiran

Tiada Lampiran.