Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

75) GERAN ‘SELANGORKU’

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa banyak telah kerajaan membelanja untuk program ÒSelangorkuÓ di Kuala Selangor pada bulan Mac yang lalu?

    Perbelanjaan yang telah dikemukakan kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) untuk Program Karnival “Terima Kasih” Rakyat yang telah diadakan pada 25hb Mac 2012 di Kuala Selangor adalah sejumlah RM1,118,216.00 (seperti di Lampiran 1).

     

  2. Senaraikan semua pembekal yang terlibat dalam program ini termasuk nama pembekal, barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan, jumlah wang yang dibayar serta tarikh bayaran dilakukan.

    Senarai pembekal yang terlibat dalam program ini yang telah dibayar termasuk nama pembekal, barang-barang atau perkhidmatan yang dibekalkan, jumlah wang yang dibayar serta tarikh bayaran dilakukan adalah seperti di LAMPIRAN 2.

Lampiran

75.jpg