Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
42) GERAN PERPADUAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perpaduan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan yang diterima dalam Geran Perpaduan Selangor?
Tuan Speaker,
Jawapan a) & b) dijawab bersekali.
Soalan ini akan dijawab bersekali dengan pertanyaan mulut No.70 daripada Yang Berhormat Kota Damansara bertajuk Peruntukan RM300,000.00 Program Perpaduan Untuk NGO – Bajet 2023.
Sebagai makluman semua Ahli Yang Berhormat, Geran Perpaduan ‘Kita Selangor’ adalah inisiatif Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan bagi mengukuhkan agenda perpaduan melalui pelaksanaan program-program advokasi dan kempen yang berterusan dalam masyarakat yang mempunyai aneka kepelbagaian khususnya di Selangor.
Sehubungan itu, peruntukan sebanyak RM300 ribu telah disediakan oleh Kerajaan Negeri khusus diberikan kepada agensi-agensi, persatuan-persatuan dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjalankan program-program dan aktiviti kempen berkaitan perpaduan agar mesej dan advokasi perpaduan dapat terus disampaikan secara berterusan dan memberikan impak yang baik kepada masyarakat.
Agihan peruntukan tersebut diberikan kepada agensi-agensi, persatuan-persatuan dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) khususnya yang beroperasi di Selangor melalui pengisian borang permohonan yang lengkap beserta cadangan program berjumlah RM10,000.00 sehingga RM20,000.00 untuk setiap permohonan, melibatkan kumpulan sasaran dari pelbagai kaum dan haruslah bertepatan dengan salah satu tema perpaduan yang disenaraikan seperti berikut :-
- Perpaduan dalam Pendidikan;
- Perpaduan dalam Sukan;
- Perpaduan dalam Aktiviti Sukarelawan;
- Perpaduan dalam Seni Kebudayaan, Patriotisme dan Kenegaraan;
- Pembendungan Diskriminasi; atau
- Lain-lain bidang yang bersesuaian.
Sepanjang tempoh permohonan dibuka pada 9 Januari 2023 hingga 20 Januari 2023 yang lalu, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 397 jumlah permohonan daripada agensi-agensi, persatuan-persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Sebanyak 30 permohonan telah disenarai pendek selepas melalui tapisan dan dijemput hadir ke Sesi “Pitching” untuk penilaian seterusnya yang dinilai secara terus oleh para juri yang dilantik. Antara kriteria yang dinilai dalam sesi pitching tersebut ialah berkenaan objektif program yang harus menyentuh aspek perpaduan secara khusus dan sasaran peserta mestilah terdiri daripada pelbagai kaum. Daripada 30 cadangan program yang dinilai dalam sesi pitching, sebanyak 19 permohonan telah terpilih untuk menerima Geran Perpaduan ‘Kita Selangor’ bagi tahun 2023 dengan nilai pemberian geran yang dipersetujui dan diluluskan oleh Jawatankuasa Penilai Geran.
Kerajaan Negeri turut menaikkan peruntukan kepada RM400,000.00 untuk dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjayakan pelaksanaan Geran Perpaduan ‘Kita Selangor’ melalui 19 penerima geran yang telah dipilih ini yang akan menggerakkan agenda perpaduan melalui program-program perpaduan selain menyampaikan mesej dan advokasi perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Berkenaan baki peruntukan geran, sehingga kini tiada lagi baki peruntukan bagi program Geran Perpaduan tahun 2023 dan peruntukan sedia ada adalah dalam tindakan penyaluran oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kepada 19 penerima geran yang terdiri daripada agensi, persatuan dan NGO yang terpilih.
-
Berapakah jumlah permohonan Geran Perpaduan yang diluluskan setakat ini?