Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
76) GERAN PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat geran penyelidikan di dalam bidang sains dan teknologi khususnya bagi menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 di Selangor?
Sehingga kini tiada geran penyelidikan khusus Revolusi Perindustrian 4.0 di dalam bidang sains, teknologi di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, pada tahun 2017, terdapat geran penyelidikan dan pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negeri Selangor yang telah di peruntukkan kepada Universiti Selangor (UNISel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Negeri Selangor berjumlah RM951,641.80.